Mengapa Alat Bantuan Pendengaran Kalis Air dan Kalis Peluh Penting

3 Mac 2026

Air dan peluh boleh mempengaruhi fungsi alat bantuan pendengaran dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, ketika kita bersenam, melakukan aktiviti luar, terkena air hujan yang turun secara tiba-tiba atau dalam iklim yang lembap. Walaupun peranti tersebut tidak kelihatan basah, namun kelembapan masih boleh terkumpul di dalam alat bantuan pendengaran, mengurangkan kejelasan bunyi, merosakkan komponen yang sensitif dan memendekkan jangka hayat peranti tersebut sekiranya ia tidak dilindungi daripada air dan peluh.

Dalam artikel ini, kita akan melihat apakah itu alat bantuan pendengaran kalis air dan kalis peluh dan mengapa aspek perlindungan kelembapan itu penting. Kami juga akan berkongsi tentang alat bantuan pendengaran kalis air dan kalis peluh terbaik serta petua praktikal tentang cara melindungi peranti anda ketika melakukan aktiviti senaman atau ketika berada dalam keadaan lembap. Selain itu, kita akan mengetahui cara memilih alat bantuan pendengaran yang direka khas untuk menangani isu kelembapan dalam kehidupan seharian kita.

Apakah itu Alat Bantuan Pendengaran Kalis Air dan Kalis Peluh?

Tiada alat bantuan pendengaran yang benar-benar kalis air, tetapi kebanyakannya telah direka bentuk untuk mengatasi kelembapan daripada peluh, iklim lembap dan hujan. Perlindungan kelembapan ini adalah penting bagi mengekalkan kualiti bunyi dalam jangka panjang dan memastikan keutuhan peranti tersebut. 

Alat bantuan pendengaran yang mempunyai perlindungan kelembapan boleh dihuraikan sebagai sama ada kalis air atau kalis peluh. Alat bantuan pendengaran kalis air menggunakan sarung kedap air, salutan nano dan pelindung dalaman yang mengurangkan risiko kerosakan kelembapan. Begitu juga dengan alat bantuan pendengaran kalis peluh yang direka secara khusus untuk dipakai ketika bersenam dan melakukan aktiviti harian.

Mengapa Saya Perlukan Alat Bantuan Pendengaran Kalis Air atau Kalis Peluh?

Pendedahan kepada kelembapan adalah antara punca biasa kepada kerosakan alat bantuan pendengaran dan masalah prestasi jangka panjang. Reka bentuk alat bantuan pendengaran kalis air dapat membantu mengurangkan risiko ini dengan mengehadkan kemasukan kelembapan dan melindungi komponen elektrik yang sensitif. Ini memberikan ketahanan yang lebih tinggi, kualiti bunyi yang lebih jelas dan lebih kesesuaian dengan gaya hidup anda.

Ketahanan lebih tinggi

Peluh dan air boleh mempercepatkan proses kakisan pada bateri dan komponen dalaman. Aspek perlindungan dalam reka bentuk dapat menghalang kerosakan sebegini dan memastikan alat bantuan pendengaran anda dapat kekal lama.

Bunyi jelas yang konsisten

Kelembapan boleh memberi kesan kepada mikrofon dan alat penerima yang menyebabkan herotan bunyi, statik atau kejelasan yang berkurangan. Ciri kalis air memastikan kualiti bunyi kekal utuh agar alat bantuan pendengaran anda dapat terus berfungsi secara konsisten.

Pemakaian bebas stres

Dengan perlindungan kelembapan yang berkesan, anda boleh memakai alat bantuan pendengaran anda ketika bersenam, melakukan aktiviti luar atau dalam iklim lembap tanpa perlu risau tentang kerosakan yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Ini memberikan lebih kesesuaian dengan gaya hidup anda yang aktif.

Bagaimana Saya Boleh Tahu Sama Ada Alat Bantuan Pendengaran Saya Kalis Air atau Kalis Peluh?

Istilah “IP” bermaksud “Perlindungan Kemasukan”, iaitu satu standard piawaian antarabangsa yang menunjukkan sejauh mana sesuatu peranti itu dapat menahan kemasukan habuk dan cecair. Digit yang pertama merujuk kepada perlindungan habuk manakala digit kedua mengukur ketahanan terhadap air atau kelembapan. Nombor yang lebih besar menunjukkan perlindungan yang lebih baik di mana ia sesuai dengan peranti kalis air dan kalis peluh.

Cara memilih alat bantuan pendengaran kalis air dan kalis peluh

Penting untuk kita mengetahui rating IP biasa yang relevan dengan aktiviti bersenam dan pendedahan air ketika memilih alat bantuan pendengaran:

  • IPX4: Tahan percikan air dan sesuai untuk senaman ringan
  • IPX5: Menangani peluh yang lebih banyak dan aktiviti yang lebih lasak
  • IP67: Boleh menahan rendaman air yang sementara
  • IP68: Sesuai untuk kelembapan tinggi, hujan dan senaman berat (semua alat bantuan pendengaran Oticon mempunyai rating IP68)

Untuk perlindungan terbaik, pertimbangkan alat bantuan pendengaran yang mempunyai rating IP67 atau IP68. Selain itu, pilih ciri-ciri penting seperti mikrofon dan komponen penerima yang kedap air agar anda dapat menikmati perlindungan kalis peluh.

Anda juga mungkin mahu memilihi model yang boleh dicas semula di mana ia dapat mengurangkan pendedahan pada kelembapan yang boleh berlaku ketika anda menukar bateri. Sekiranya anda aktif bersenam, gaya peranti belakang-telinga atau penerima-dalam-saluran-telinga berserta ciri kunci sukan amat disarankan bagi mengelakkan alat bantuan pendengaran tercabut dan bersentuhan dengan peluh.

Alat Bantuan Pendengaran Kalis Air dan Kalis Peluh Terbaik

Oticon menawarkan pelbagai alat bantuan pendengaran kalis air dan kalis peluh terbaik dengan rating IP68 yang direka khas agar bersesuaian dengan keperluan dan gaya hidup yang berbeza, mengekalkan prestasi pendengaran sama ada ketika anda aktif, berada di luar atau sedang bergerak.

Oticon Intent™

Oticon Intent™

Jenis: miniRITE
Bateri: Boleh dicas

Oticon Intent™ direka bentuk agar dapat disesuaikan dengan situasi pendengaran yang sering bertukar dalam masa nyata. Rekaan dengan rating IP68 dapat membantu melindungi peranti tersebut daripada kelembapan, peluh dan habuk demi memberikan ciri pemakaian harian yang memuaskan.

Ciri yang membuatkan Intent™ berbeza daripada peranti lain adalah teknologi sensor niat-pengguna yang bertindak balas terhadap pergerakan kepala dan badan supaya dapat menyokong pemahaman pertuturan dengan lebih baik dalam persekitaran yang dinamik. Selain itu, ia disertakan dengan bateri boleh cas yang menyokong penggunaan sepanjang hari dengan masa pengecasan yang pantas.

Oticon Own SI™

Oticon Own SI™

Jenis: IIC, CIC
Bateri: Pakai Buang

Oticon Own SI™ adalah alat bantuan pendengaran yang direka secara khusus untuk pemakaian dalam-telinga berserta komponen dengan rating IP68 bagi menahan kelembapan dan peluh. Ia menggunakan teknologi AI generasi kedua untuk membantu mengutamakan pertuturan dalam persekitaran harian. Ia tampil dalam dua gaya menarik dan direka bentuk sesuai dengan anatomi telinga si pemakai di mana ia memfokuskan pada keselesaan, pemakaian berhemat dan pemprosesan bunyi yang bersifat semula jadi.

Oticon Real™

Alat bantu pendengaran Oticon sebenar

Jenis: miniBTE, miniRITE
Bateri: Boleh cas atau pakai buang

Oticon Real™ dibina untuk memberikan pengalaman bunyi yang jelas dan seimbang sambil mengurangkan usaha mendengar si pemakai. Dengan rating IP68, ia dilindungi daripada air dan peluh bagi memberikan prestasi harian yang boleh diharapkan. Fokusnya dalam menangani masalah bunyi angin dan bunyi latar belakang yang tiba-tiba menjadikannya satu pilihan praktikal untuk kedua-dua keadaan pendengaran di dalam dan di luar rumah.

Cara Melindungi Alat Bantuan Pendengaran Daripada Air dan Peluh

Alat bantuan pendengaran kalis air dan kalis peluh juga masih boleh dipengaruhi oleh kelembapan sekiranya ia tidak dijaga dengan betul. Dengan mengambil beberapa langkah penjagaan yang mudah ketika dan selepas bersenam, anda boleh membantu mengekalkan prestasi yang optimum, memanjangkan jangka hayat peranti anda dan memastikannya dapat terus menyampaikan bunyi yang jelas dan memuaskan.

Semasa bersenam

Untuk mengurangkan pendedahan pada kelembapan semasa melakukan aktiviti:

  • Menggunakan penutup peluh atau pelindung kelembapan bagi meningkatkan tahap perlindungan
  • Memakai cekak peluh atau topi untuk melindungi alat bantuan pendengaran anda daripada bersentuhan secara terus dengan peluh
  • Memakai alat bantuan pendengaran anda dengan klip penahan atau kunci sukan untuk mengelakkannya daripada bergerak atau tercabut, agar peranti anda tidak bersentuhan dengan peluh

Selepas bersenam

Penjagaan yang betul selepas melakukan aktiviti juga adalah penting. Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan:

  • Mengelap alat bantuan pendengaran dengan segera selepas bersenam untuk menghilangkan peluh
  • Menggunakan kain yang kering dan lembut untuk membersihkan kesan peluh sebelum kakisan berlaku
  • Mengeringkan alat bantuan pendengaran sepenuhnya sebelum menyimpan atau mengecasnya

Soalan Lazim Tentang Alat Bantuan Pendengaran Kalis Air dan Kalis Peluh

Bolehkah saya memakai alat bantuan pendengaran di dalam air?

Kebanyakan alat bantuan pendengaran yang moden adalah bersifat kalis air tetapi tidaklah sepenuhnya. Ini bermakna, ia boleh menahan percikan air yang berlaku sekali-sekala, hujan renyai atau sentuhan yang tiba-tiba dan seketika dengan air, tetapi ia tidak direka untuk dipakai ketika berenang atau direndam di dalam air untuk tempoh masa yang lama.

Secara asasnya, anda perlu mengelak daripada memakai alat bantuan pendengaran ketika melakukan aktiviti air seperti berenang, sukan air atau mandi. Air kolam yang berklorin dan air laut masin terutamanya boleh merosakkan peranti kerana ia mempercepatkan proses kakisan pada komponen dalaman.

Alat bantuan pendengaran yang manakah paling kalis peluh?

Pada waktu ini, alat bantuan pendengaran dengan rating IP68 menawarkan tahap perlindungan yang tertinggi. Malah, semua alat bantuan pendengaran Oticon mempunyai rating IP68 di mana ia menggabungkan ketahanan kelembapan yang mantap dengan pemprosesan bunyi yang canggih dan utuh dalam jangka masa panjang.

Bolehkah alat bantuan pendengaran digunakan di dalam sauna?

Alat bantuan pendengaran tidak boleh digunakan di dalam sauna walaupun ia dikatakan bersifat kalis air atau tahan air. Kombinasi haba melampau dan kelembapan tinggi boleh merosakkan komponen dalaman dan mempengaruhi prestasi bunyi. Anda dinasihatkan untuk menanggalkan alat bantuan pendengaran sebelum memasuki sauna dan menyimpannya di tempat yang kering, sejuk dan selamat.

Apa yang berlaku sekiranya alat bantuan pendengaran saya terjatuh ke dalam air?

Sekiranya alat bantuan pendengaran anda terjatuh ke dalam air, pertama sekali, anda perlu menghayun dengan lembut untuk menghilangkan sebarang air/kelembapan yang jelas kelihatan. Elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut, radiator atau haba panas secara terus kerana ia boleh merosakkan komponen dalaman.

Bagi alat bantuan pendengaran yang menggunakan bateri pakai buang, buka bahagian bateri dengan segera dan cabut bateri tersebut. Biarkan penutup bateri terbuka dan letakkan alat bantuan pendengaran di atas permukaan yang kering untuk mengeringkannya menggunakan udara. Kelembapan boleh mengakis bateri dan mempengaruhi kualiti bunyi sekiranya ia tidak ditangani dengan segera.

Untuk alat bantuan pendengaran yang boleh dicas semula, padamkan peranti tersebut. Gunakan pengering alat bantuan pendengaran atau lap peranti secara perlahan menggunakan tuala dan letakkannya di tempat kering yang mempunyai pengudaraan yang baik sehinggalah ia kering sepenuhnya. Selepas itu, anda boleh meletakkan di pengecasnya semula.

Akhir sekali, buka alat bantuan pendengaran tersebut dan periksa sama ada bunyinya masih jelas dan masih berfungsi dengan baik. Sekiranya bunyi kedengaran tidak jelas atau tiada bunyi langsung, hubungi ahli penjagaan pendengaran profesional anda untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Apakah antara tanda amaran kerosakan kelembapan pada alat bantuan pendengaran saya?

Alat bantuan pendengaran tahan air juga masih boleh dirosakkan oleh kelembapan yang berlebihan. Perhatikan beberapa tanda biasa kerosakan kelembapan di mana ia termasuklah:

  • Bunyi pecah atau statik
  • Audio tidak jelas atau tersekat-sekat
  • Gangguan kuasa tenaga secara tiba-tiba

Penting untuk anda memperhatikan tanda amaran awal ini kerana penyelenggaraan segera boleh membantu menghalang kerosakan jangka panjang dan memastikan alat bantuan pendengaran anda dapat terus berfungsi pada tahap yang terbaik.

Jangan tunggu! Tempah ujian pendengaran di Hearing Partners hanya dengan beberapa klik!