Artikel oleh Hearing Partners, disumbangkan oleh Megat Ikmal, Audiologis Klinikal di Hearing Partners
Masalah kehilangan pendengaran adalah suatu keadaan yang menjejaskan jutaan orang di seluruh dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sekurang-kurangnya 21.57% daripada populasi penduduk mengalami masalah pendengaran1.
Biasanya dikategorikan sama ada sebagai kongenital ataupun diperoleh kemudian, keadaan ini boleh menjadi semakin melarat atau terjadi daripada sejak lahir. Walaupun masalah hilang pendengaran kongenital bersifat kekal, masalah hilang pendengaran yang diperoleh boleh jadi kekal atau bersifat sementara.
Hilang pendengaran sementara boleh terjadi akibat daripada tahi telinga yang tersumbat atau jangkitan pada telinga tengah. Ia boleh sembuh secara sendiri atau memerlukan rawatan untuk menangani punca di sebaliknya. Manakala, kehilangan pendengaran kekal pula tidak dapat diubati kerana tiada rawatan ubat-ubatan yang berkesan untuk memulihkan pendengaran tersebut.
Memahami perbezaan antara jenis-jenis kehilangan pendengaran ini adalah penting untuk menguruskan kesan-kesannya dan mendapatkan kaedah rawatan yang bersesuaian. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Perkara Penting Untuk Difahami
- Kehilangan pendengaran adalah suatu keupayaan yang semakin berkurangan dalam mendengar bunyi secara jelas dan boleh menjejaskan sebelah atau kedua-dua telinga dan ia boleh melarat secara beransur atau tiba-tiba.
- Tiga jenis masalah kehilangan pendengaran yang utama adalah sensorineural, konduktif dan gabungan di mana ia bergantung pada bahagian telinga mana yang terjejas.
- Punca biasa kepada masalah pendengaran termasuklah pendedahan berpanjangan pada bunyi bising, penuaan, kerosakan dalam telinga dan pengumpulan tahi telinga.
- Bercakap dengan kuat, sukar untuk mendengar dalam persekitaran yang bising dan sering meminta orang lain untuk mengulangi percakapan mereka boleh menjadi tanda masalah pendengaran di kalangan orang dewasa.
- Kehilangan pendengaran mempunyai tahap keterukan iaitu daripada tahap ringan ke tahap sangat teruk.
- Pilihan pengurusan dan rawatan untuk masalah hilang pendengaran termasuklah pencucian tahi telinga, alat bantuan pendengaran, implan koklear, pembedahan atau ubat-ubatan bergantung pada puncanya.
- Apakah itu Kehilangan Pendengaran?
- Apakah Jenis-Jenis Hilang Pendengaran?
- Apakah Punca Kehilangan Pendengaran?
- Apakah Tanda-Tanda Biasa Hilang Pendengaran?
- Tahap Kehilangan Pendengaran
- Cara Mendiagnosis Kehilangan Pendengaran
- Apakah Pilihan Rawatan dan Pengurusan untuk Masalah Pendengaran?
- Soalan Lazim Tentang Kehilangan Pendengaran
Apakah itu Kehilangan Pendengaran?
Kehilangan pendengaran adalah kemampuan yang berkurangan dalam mendengar bunyi secara jelas atau pada tahap normal. Ia boleh menjejaskan sebelah telinga (hilang pendengaran unilateral) atau kedua-dua telinga (kehilangan pendengaran bilateral) dan ia boleh terjadi secara beransur-ansur atau secara tiba-tiba. Masalah hilang pendengaran menjadikan seseorang sukar untuk mengikuti perbualan, terutamanya dalam persekitaran yang bising dan boleh menimbulkan salah faham atau kelesuan mendengar.
Apakah Jenis-Jenis Hilang Pendengaran?
Terdapat tiga jenis utama hilang pendengaran, setiap satunya berkaitan dengan kerosakan pada bahagian telinga yang berbeza.
Kehilangan pendengaran sensorineural
Kehilangan pendengaran konduktif
Hilang pendengaran konduktif terjadi apabila kerosakan atau halangan pada telinga luar atau tengah mengganggu penghantaran gelombang bunyi ke bahagian telinga dalam. Gangguan pada aliran bunyi ini menyebabkan bunyi kedengaran lebih perlahan daripada biasa. Tidak seperti masalah hilang pendengaran sensorineural, hilang pendengaran konduktif boleh dirawat melalui pembedahan atau ubat-ubatan untuk menangani punca pada telinga luar atau tengah.
Hilang pendengaran gabungan
Kerosakan pada telinga tengah dan dalam boleh menyebabkan kehilangan pendengaran gabungan, iaitu kombinasi hilang pendengaran sensorineural dan konduktif. Keadaan ini boleh berpunca daripada penyebab kedua-dua masalah pendengaran. Rawatan untuk keadaan ini bergantung pada proses mengenal pasti dan menangani faktor penyumbangnya yang tertentu.
Apakah Punca Kehilangan Pendengaran?
Punca-punca kepada masalah pendengaran bergantung pada jenis diagnosis kehilangan pendengaran anda.
| Kehilangan pendengaran sensorineural | Kehilangan pendengaran konduktif |
|---|---|
| Saluran telinga luar Telinga tengah |
Apakah Tanda-Tanda Biasa Hilang Pendengaran?

Simptom kehilangan pendengaran boleh kelihatan pada tahap berbeza dan juga mungkin sedikit sukar untuk dikesan. Tanda-tanda berikut adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
| Dewasa | Kanak-kanak | Bayi |
|---|---|---|
Tahap Kehilangan Pendengaran
Tahap kehilangan pendengaran adalah bergantung kepada berapa kuat bunyi diperlukan oleh seseorang itu untuk mendengarnya. Ia diukur dalam unit desibel (dB) dan boleh dibahagikan kepada empat tahap: ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk.
- Ringan (21 – 40 dB)
Bagi mereka yang mengalami hilang pendengaran ringan, sukar untuk mereka mengikuti perbualan dalam persekitaran yang bising. Mereka sukar untuk memahami percakapan dengan jelas, gagal mendengar bunyi yang lebih perlahan dan nuansa pertuturan.
- Sederhana (41 – 70 dB)
Individu yang mengalami kehilangan pendengaran sederhana pula mungkin perlu menanganinya dengan menyesuaikan persekitaran mereka seperti menguatkan bunyi televisyen. Komunikasi boleh jadi mencabar pada tahap ini dan rasa terasing mungkin timbul. Tanpa peranti penguat bunyi seperti alat bantuan pendengaran, kualiti hidup seseorang boleh merosot.
- Teruk (71 – 90 dB)
Pada tahap ini, bunyi persekitaran boleh jadi mencabar untuk didengari walaupun dengan memakai alat bantuan pendengaran. Komunikasi yang berkesan selalunya memerlukan strategi tambahan seperti membaca pergerakan bibir, duduk hampir dengan orang yang bercakap dan memintanya untuk bercakap secara perlahan dan jelas. Taktik-taktik ini boleh meningkatkan pemahaman percakapan dan mengekalkan interaksi yang bermakna walaupun mengalami masalah pendengaran.
- Sangat Teruk (>90 dB)
Walaupun dengan memakai alat bantuan pendengaran, individu yang mengalami tahap kehilangan pendengaran yang sangat teruk akan sukar untuk mendengar. Mereka perlu sering bergantung pada strategi pertuturan yang sama seperti yang digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kehilangan pendengaran tahap teruk.
Cara Mendiagnosis Kehilangan Pendengaran
Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) atau audiologis akan menjalankan ujian-ujian berikut untuk mendiagnosis masalah pendengaran seseorang.
Pemeriksaan fizikal
Doktor biasanya akan menjalankan pemeriksaan fizikal yang merangkumi pemeriksaan saluran telinga, membran timpanik (gegendang telinga), hidung dan nasofarinks. Selain itu, pemeriksaan neurologi juga mungkin akan dilakukan untuk menilai fungsi saraf yang berkaitan dengan pemprosesan dan penghantaran audio.
Ujian mendengar
Ujian mendengar atau ujian audiometri akan dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan tahap keterukan kehilangan pendengaran. Ujian-ujian yang berbeza akan disyorkan untuk orang dewasa dan juga bayi serta kanak-kanak bergantung pada simptom mereka dan juga pemeriksaan fizikal.
Untuk kes yang disyaki mengalami kehilangan pendengaran konduktif, ujian timpanometri mungkin disarankan untuk menilai fungsi telinga tengah dan integriti gegendang telinga. Ujian-ujian ini penting dalam proses mendiagnosis masalah pendengaran secara tepat dan memberikan strategi rawatan yang betul.
Pengimejan radiologi
Dalam sesetengah kes, teknik pengimejan radiologi seperti Tomografi Berkomputer (CT), Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) atau imbasan lain mungkin akan disyorkan untuk mengesan neuroma akustik, iaitu satu ketumbuhan tidak berbahaya yang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran.
Jadikan Kesihatan Pendengaran Anda Satu Keutamaan Hari Ini!
Risau tentang pendengaran anda?Jangan tunggu lagi. Ambil langkah pertama demi komunikasi yang lebih jelas dan tempah ujian pendengaran anda sekarang.
Apakah Pilihan Rawatan dan Pengurusan untuk Masalah Pendengaran?
Rawatan atau pengurusan yang berkesan untuk masalah kehilangan pendengaran bergantung pada jenis dan tahap keterukan sesuatu keadaan. Daripada kaedah rawatan mudah seperti membuang tahi telinga sehinggalah penggunaan alat seperti alat bantuan pendengaran, audiologis akan menyesuaikan pelan rawatan bagi memenuhi keperluan pendengaran individu tersebut.
Membuang tahi telinga
Untuk menangani masalah hilang pendengaran konduktif di mana terjadinya pengumpulan tahi telinga, kaedah mencuci tahi telinga menggunakan rawatan irigasi telinga atau penyedutan mikro perlu dilakukan. Ia akan membersihkan sebarang halangan di dalam saluran telinga dan dapat membantu memulihkan pendengaran.
Alat bantuan pendengaran

Alat bantuan pendengaran adalah peranti yang telah direka khas untuk memperbaiki pendengaran individu yang mengalami masalah pendengaran seperti kehilangan pendengaran sensorineural atau konduktif dengan mengesan dan meninggikan bunyi di persekitaran. Ia berkesan untuk pelbagai tahap gangguan pendengaran, dapat meningkatkan kejelasan bunyi dan memberikan pemahaman auditori yang lebih baik.
Implan koklea
Implan koklea adalah peranti canggih yang diletakkan secara pembedahan di bahagian telinga dalam untuk merawat kehilangan pendengaran sensorineural. Peranti ini memintas komponen auditori yang telah rosak untuk merangsang saraf auditori secara terus. Ia boleh dipakai oleh pelbagai golongan usia dan sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran tahap sederhana hingga teruk.
Namun begitu, disebabkan sifatnya yang invasif, prosedur ini hanya dipertimbangkan apabila seseorang itu mendapat manfaat yang terhad daripada pemakaian alat bantu pendengaran dan mempunyai markah kejelasan pertuturan yang rendah.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti krim sapu antibiotik biasanya diberikan bagi masalah jangkitan telinga. Sekiranya penggunaan ubat didapati menjadi punca masalah pendengaran, ia mungkin akan dihentikan atau digantikan dengan kaedah alternatif yang lebih selamat.
Pembedahan
Pembedahan mungkin akan diakukan untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga yang berulang, otosklerosis atau gegendang telinga pecah. Setiap prosedur pembedahan memfokuskan pada merawat punca kepada masalah yang sedang dirawat.
Soalan Lazim Tentang Kehilangan Pendengaran
Adakah kehilangan pendengaran terjadi pada orang tua sahaja?
Umur sering dikaitkan dengan masalah pendengaran kerana proses penuaan semula jadi itu sendiri boleh menjejaskan fungsi pendengaran. Namun begitu, hilang pendengaran tidaklah eksklusif hanya untuk orang berusia sahaja dan masih boleh terjadi pada semua golongan umur.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 1 bilion orang dewasa muda terdedah kepada masalah kehilangan pendengaran kekal dan boleh dielak2. Ini terutamanya disebabkan oleh tabiat mendengar yang tidak selamat seperti pendedahan berpanjangan pada bunyi bising yang kuat.
Apakah Itu Kehilangan Pendengaran Akibat Bunyi Bising?
Kehilangan pendengaran akibat bunyi bising ialah kerosakan pendengaran yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi yang kuat dalam jangka masa yang panjang atau daripada satu insiden bunyi bising yang sangat kuat seperti letupan. Ia berlaku apabila struktur sensitif di bahagian telinga dalam telah dirosakkan oleh paras bunyi yang berlebihan.
Kehilangan pendengaran akibat bunyi bising biasanya bersifat kekal tetapi ia boleh dielakkan dengan melindungi telinga anda, merendahkan tahap kelantangan bunyi dan menggunakan alat perlindungan pendengaran apabila perlu.
Apakah komplikasi yang mungkin berlaku akibat kehilangan pendengaran?
Hilang pendengaran yang tidak dirawat boleh menimbulkan beberapa komplikasi. Ia termasuklah kesukaran berkomunikasi yang boleh membuat perhubungan menjadi tegang dengan orang lain, mengurangkan perhubungan dan interaksi sosial serta hilang keyakinan diri. Untuk kanak-kanak, kesukaran belajar juga merupakan komplikasi yang mungkin berlaku.
Bolehkah masalah kehilangan pendengaran dielakkan?
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelakkan kehilangan pendengaran. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan bagi memelihara kesihatan pendengaran:
| Perlu Dilakukan | Perlu Dielakkan |
|---|---|
Bolehkah kehilangan pendengaran dipulihkan?
Terdapat sesetengah jenis kehilangan pendengaran yang boleh dipulihkan tetapi kebanyakannya tidak dapat dipulihkan. Sebaliknya, ia perlu diuruskan. Kehilangan pendengaran yang boleh sembuh biasanya dikaitkan dengan punca sementara seperti pengumpulan tahi telinga, cecair di dalam telinga atau berlakunya jangkitan. Sebaik sahaja punca tersebut dirawat, pendengaran boleh kembali seperti biasa.
Walau bagaimanapun, kehilangan pendengaran kekal, terutamanya kehilangan pendengaran sensorineural, biasanya tidak boleh dipulihkan. Dalam kes sebegini, terdapat beberapa pilihan pengurusan termasuklah:
- Alat bantuan pendengaran
- Implan koklea
- Ubat-ubatan
- Pembedahan
Penilaian awal dapat membantu menentukan sama ada kehilangan pendengaran tersebut bersifat sementara atau kekal dan memastikan sokongan yang betul dapat diberikan sewajarnya.
Megat Ikmal ialah Pakar Audiologi Klinikal di Rakan Pendengaran. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Audiologi dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia MAHPC(AUD)00572. Beliau berpengalaman dalam menjalankan ujian pendengaran dewasa dan kanak-kanak serta penilaian elektrofisiologi.
Rujukan
1Dirujuk daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
2Dirujuk daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

