Penjelasan Tafsiran Audiogram: Cara Memahami Keputusan Ujian Pendengaran Anda

30 Dis, 2025

Artikel oleh Hearing Partners, disumbangkan oleh Megat Ikmal, Audiologis Klinikal di Hearing Partners

Audiogram ialah sebuah carta visual yang menunjukkan sejauh mana anda dapat mendengar pelbagai frekuensi bunyi yang berbeza. Ia merupakan keputusan utama dalam ujian pendengaran yang memberikan maklumat penting mengenai tahap pendengaran anda. Penting untuk kita mentafsir audiogram dengan betul kerana ia dapat membantu kita mengenal pasti jenis dan tahap kehilangan pendengaran, yang seterusnya memberikan panduan tentang pilihan pengurusan yang paling sesuai.

Audiogram juga membantu kita membezakan antara kehilangan pendengaran konduktif dan kehilangan pendengaran sensorineural dengan menunjukkan perbandingan keputusan pengkonduksian udara dan pengkonduksian tulang merentasi frekuensi. Perbezaan ini penting kerana setiap jenis kehilangan pendengaran mempunyai punca dan rawatan yang berbeza.

Ahli penjagaan pendengaran profesional anda akan menyemak keputusan audiogram bersama anda selepas ujian dan membimbing anda tentang langkah yang seterusnya. Sekiranya anda mahu memahami carta dengan lebih terperinci, panduan ini akan menerangkan maksud simbol-simbol, bagaimana ia menjelaskan jenis-jenis kehilangan pendengaran dan cara mentafsir corak yang biasa dilihat dalam audiogram.

Apa Yang Audiogram Ukur

Apa Yang Audiogram Ukur

Ujian audiometri mengukur berapa perlahan anda boleh mendengar bunyi pada nada yang berbeza. Tahap bunyi yang paling perlahan ini dikenali sebagai ambang pendengaran dan ia membantu menentukan sama ada pendengaran anda berada dalam julat yang normal atau ia menunjukkan petanda kehilangan pendengaran.

Pada carta audiogram, paksi-x yang mendatar mewakili nada yang bermula daripada frekuensi rendah 125 Hz hingga frekuensi tinggi 8,000 Hz. Paksi-y yang menegak mewakili kelantangan yang diukur daripada sekitar -10 dB hingga 120 dB. Kedua-dua paksi menunjukkan frekuensi dan kelantangan bunyi yang tepat di mana pendengaran mungkin telah berkurangan.

Ramai ahli klinikal merujuk pada “speech banana’, iaitu kawasan melengkung pada carta audiogram di mana tempat kebanyakan bunyi pertuturan seharian berlaku. Kawasan ini menggambarkan mengapa perubahan yang kecil di dalam sensitiviti pendengaran boleh mempengaruhi kejelasan anda dalam mendengar bunyi konsonan dan vokal di dalam perbualan.

Cara Membaca dan Mentafsir Audiogram

Keputusan audiogram

Proses memahami audiogram bermula dengan paksi-paksi. Paksi mendatar bergerak dari nada rendah ke nada tinggi ketika anda membaca dari kiri ke kanan, manakala paksi menegak bergerak dari kelantangan bunyi perlahan kepada bunyi kuat dari atas ke bawah. Setiap titik yang diplot pada carta mewakili tahap bunyi paling perlahan yang boleh anda dengar pada frekuensi tertentu, yang dikenali sebagai ambang pendengaran anda.

Semua ambang ini diplot dengan simbol-simbol yang berbeza untuk setiap telinga dan kaedah ujian. Keputusan pengkonduksian udara, yang mengukur bagaimana bunyi bergerak melalui keseluruhan telinga dari saluran telinga ke bahagian telinga dalam, ditanda dengan O atau △ untuk telinga kanan dan X atau ▢ untuk telinga kiri. Keputusan pengkonduksian tulang, yang merentasi bahagian telinga luar dan telinga tengah untuk menguji bahagian telinga dalam secara terus, ditunjukkan oleh simbol seperti dan ] untuk telinga kiri.

“Masking” mungkin diperlukan apabila terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua telinga. Ini dilakukan bagi menghalang bunyi daripada sampai ke telinga yang lebih baik dan memastikan keputusan yang diperolehi menunjukkan keupayaan pendengaran yang tepat bagi telinga yang sedang diuji.

Apakah Tahap Kehilangan Pendengaran Pada Carta?

Audiogram membantu kita menentukan berapa banyak input bunyi diperlukan untuk anda mengesan frekuensi bunyi yang berbeza. Tahap kehilangan pendengaran menjadi lebih jelas apabila ambang ditafsirkan secara sistematik.

Pendengaran normal

Tafsiran Audiogram - Pendengaran biasa

Sebelum mengklasifikasi sebarang tahap kehilangan pendengaran, penting untuk kita memahami bagaimanakah rupanya pendengaran normal pada audiogram. Ini memberikan garis dasar dalam membandingkan ambang dan menentukan berapa banyak ia menyimpang daripada julat yang kita jangkakan. Secara amnya, ambang berada lebih atas daripada 25 desibel merentasi semua frekuensi.

Penting juga untuk kita ketahui bahawa audiogram yang normal tidak mengambil kira sebarang masalah kehilangan pendengaran yang tersembunyi atau gangguan pemprosesan bunyi. Keadaan ini melibatkan bagaimana otak memproses bunyi dan bukannya bagaimana telinga mengesannya, jadi ambang sahaja mungkin akan kelihatan normal walaupun berlakunya kesukaran mendengar. Dalam situasi ini, penilaian tambahan seperti ujian timpanometri dan audiometri pertuturan mungkin diperlukan untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai fungsi telinga.

Tahap kehilangan pendengaran

Skala kelantangan bunyi menegak menunjukkan berapa banyak kelantangan diperlukan untuk sesuatu bunyi itu dapat didengari. Apabila ambang berada lebih rendah pada skala ini, tahap kehilangan pendengaran meningkat. Pengelasan biasanya adalah seperti berikut:

  • Ringan: 21 – 40 dB HL
  • Sederhana: 41 – 55 dB HL
  • Sederhana teruk: 56 – 70 dB HL
  • Teruk: 71 – 90 dB HL
  • Sangat teruk: 91 dB HL dan ke atas

Konfigurasi kehilangan pendengaran

Corak keseluruhan kehilangan pendengaran juga boleh dilihat daripada bentuk atau konfigurasi ambang.

  • Mendatar: Ambang yang sama merentasi nada.
  • Condong: Lebih sukar untuk bunyi bernada tinggi.
  • Menaik: Lebih sukar untuk frekuensi rendah, dengan pendengaran yang lebih baik untuk nada tinggi.

Selain itu, dengan memeriksa jurang antara kawasan pendengaran normal dan ambang individu tersebut, lebih mudah untuk kita mengganggar berapa banyak maklumat persekitaran dan pertuturan yang mungkin tercicir dalam situasi seharian.

Apakah itu Jurang Udara-Tulang dalam Audiogram?

Jurang Tulang Udara dalam Audiogram

Jurang udara-tulang terjadi apabila terdapat perbezaan lebih daripada 10 dB antara ambang pengkonduksian udara dan pengkonduksian tulang untuk frekuensi yang sama. Jurang ini menunjukkan yang bunyi telah berkurangan atau terhalang ketika ia melalui bahagian telinga luar atau telinga tengah.

Apabila jurang udara-tulang dapat dilihat pada audiogram, ia menunjukkan sama ada kehilangan pendengaran konduktif atau kehilangan pendengaran gabungan, di mana ia bergantung pada sama ada ambang pengkonduksian tulang kekal berada di dalam julat pendengaran normal. Antara punca biasa kepada jurang udara-tulang termasuklah:

Apakah Antara Corak Biasa Audiogram?

Audiogram biasanya akan menunjukkan corak yang boleh dikenal pasti yang memberikan petunjuk tentang punca kehilangan pendengaran. Dengan melihat bagaimana ambang berubah merentasi frekuensi, ahli penjagaan pendengaran profesional boleh mengenal pasti sama ada masalah hilang pendengaran tersebut adalah disebabkan oleh faktor usia, bunyi bising atau berkaitan dengan masalah pada bahagian telinga luar, tengah atau dalam.

Pendengaran normal

Tafsiran Audiogram - Pendengaran biasa

Pendengaran normal menunjukkan ambang di atas 20 atau 25 dB tanpa jurang udara-tulang. Ini menunjukkan fungsi telinga luar, tengah dan dalam yang sihat.

Kehilangan pendengaran sensorineural

Kehilangan pendengaran sensorineural

Hilang pendengaran sensorineural akan memaparkan simbol-simbol pengkonduksian udara dan tulang yang saling bertindan dengan ambang yang berkurangan. Ini menunjukkan terdapat kerosakan pada bahagian telinga dalam atau saraf auditori. Dalam kes sebegini, jurang udara-tulang biasanya akan lebih kurang daripada 10 dB.

Kehilangan pendengaran konduktif

Jurang Tulang Udara dalam Audiogram

Jurang udara-tulang terjadi apabila pengkonduksian tulang kekal normal di dalam kehilangan pendengaran konduktif. Ini menunjukkan terdapat masalah pada bahagian telinga luar atau tengah yang mempengaruhi penghantaran bunyi.

Presbikusis

Presbikusis

Presbikusis memaparkan corak menurun secara condong yang bilateral, bersimetri dan berfrekuensi tinggi. Ini menunjukkan berlakunya kemerosotan koklea yang disebabkan oleh faktor usia.

Kehilangan Pendengaran Akibat Bunyi Bising

Kehilangan Pendengaran Akibat Bunyi Bising

Untuk kes kehilangan pendengaran akibat bunyi bising (NIHL), anda mungkin akan dapat melihat bentuk takuk yang jelas antara bacaan 3-6 kHz, namun ia biasanya dapat dilihat pada bacaan 4 kHz. Corak ini adalah ciri kepada trauma bunyi akibat pendedahan kepada bunyi bising yang kuat.

Penyakit Ménière

Penyakit Ménière

Penyakit Ménière pula wujud dengan kehilangan pendengaran sensorineural yang berfrekuensi rendah. Ini menunjukkan terdapatnya ketidakseimbangan bendalir di bahagian telinga dalam yang mempengaruhi pendengaran dan keseimbangan badan.

Otosklerosis

Otosklerosis

Otosklerosis menunjukkan kehilangan pendengaran konduktif dengan takukan Carhart pada bacaan 2 kHz. Ini membayangkan fiksasi tulang stapes yang mengurangkan pemindahan bunyi mekanikal.

Lakukan Ujian Pendengaran Pendengaran Hari Ini!

Jika anda perasan sebarang perubahan pada pendengaran anda atau sukar untuk memahami bunyi dengan jelas, tempah sesi pemeriksaan pendengaran untuk mengenal pasti punca dan meneroka pilihan pengurusan yang disediakan.

Soalan Lazim tentang Tafsiran Audiogram

Mengapa audiogram saya mengandungi terlalu banyak simbol dan huruf singkatan?

Sampel audiogram yang biasa anda lihat dalam talian adalah versi ringkas tetapi keputusan audiogram klinikal yang sebenar mengandungi pelbagai ukuran tambahan seperti Ambang Pengecaman Pertuturan, Skor Pengecaman Perkataan, Tahap Paling Selesa, Tahap Tidak Selesa dan ujian pertuturan dalam bunyi bising. 

Simbol-simbol tambahan ini memberikan gambaran menyeluruh tentang cara bagaimana anda mendengar dalam situasi dunia sebenar. Selepas sesi janji temu, pusat pendengaran anda akan menyediakan laporan penuh. Sekiranya audiogram anda tidak disertakan, anda boleh memohon salinannya kerana ia bertindak sebagai preskripsi pendengaran anda dan menjadi panduan asas yang penting untuk memantau sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Apakah ujian lain yang diperlukan untuk mendiagnosis masalah pendengaran selain daripada audiogram?

Timpanometri adalah ujian sampingan yang biasa dilakukan bersama ujian audiometri kerana ia mengukur bagaimana gegendang telinga anda bergerak dengan perubahan tekanan udara. Ia membantu untuk menunjukkan seberapa jauh bunyi masuk ke bahagian telinga tengah dan boleh mengenal pasti masalah-masalah seperti bendalir, tekanan negatif dan ketegangan. 

Ia juga menyediakan maklumat yang objektif tentang fungsi tiub Eustachio dan refleks telinga tengah. Keputusannya termasuklah isipadu saluran telinga, tekanan maksimum dan komplians puncak yang membantu membezakan antara kehilangan pendengaran konduktif dan kehilangan pendengaran sensorineural.

Apakah skor audiogram yang bagus?

Skor audiogram yang bagus bermaksud yang ambang pendengaran anda berada dalam julat yang normal merentasi semua frekuensi yang diuji, di mana semua simbol yang diplot terletak dalam julat. Untuk orang dewasa, ambang tersebut biasanya dari 20 ke 25 dB. Untuk kanak-kanak pula, yang selalunya mempunyai pendengaran yang lebih sensitif, pendengaran normal ditakrifkan oleh ambang antara 0 dan 15 dB.

Bilakah alat bantuan pendengaran akan disyorkan?

Alat bantuan pendengaran biasanya akan disyorkan apabila keputusan audiogram anda menunjukkan ambang pendengaran yang berada di luar julat normal dan perubahan ini biasanya akan mengganggu pemahaman pertuturan. Secara amnya, anda juga akan dinasihatkan untuk memakai alat bantuan pendengaran sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan masalah kehilangan pendengaran yang ringan atau lebih teruk, terutamanya dalam frekuensi pertuturan antara 500 Hz dan 4,000 Hz.

Ahli penjagaan pendengaran profesional anda juga akan mengambil kira berapa konsisten masalah kehilangan pendengaran anda merentasi semua frekuensi, sama ada kedua-dua telinga terganggu dan bagaimana keputusan tersebut berkait dengan masalah kesukaran mendengar yang dialami. Walaupun kehilangan pendengaran kelihatan ringan pada audiogram, alat bantuan pendengaran masih akan disyorkan jika masalah tersebut mengganggu komunikasi harian anda. 

Saranan akhir selalunya akan disesuaikan dengan profil pendengaran, gaya hidup dan keperluan komunikasi anda. Ambil ujian pendengaran hari ini dan dapatkan saranan yang khusus untuk kesihatan pendengaran anda.

Di manakah saya boleh menemui penyedia penjagaan pendengaran untuk ujian audiometri?

Hearing Partners Malaysia menawarkan ujian audiometri yang profesional dan menyeluruh untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Kami mempunyai 15 buah klinik di seluruh negara, iaitu di Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban dan Selangor. Cari klinik yang berhampiran dengan lokasi anda hari ini juga!

Megat Ikmal ialah Pakar Audiologi Klinikal di Rakan Pendengaran. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Audiologi dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia MAHPC(AUD)00572. Beliau berpengalaman dalam menjalankan ujian pendengaran dewasa dan kanak-kanak serta penilaian elektrofisiologi.

Megat Ikmal

Pakar Audiologi Klinikal

Jangan tunggu! Tempah ujian pendengaran di Hearing Partners hanya dengan beberapa klik!